Tentang Bo-Bo-Cui
Bo-bo-cui / Bok-bok-chui merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Cina. Ia mengandungi lapisan isi nipis yang diperbuat daripada campuran daging ikan, kanji, dan lain lain. Nama "bo-bo-cui" berasal daripada Bahasa Cina atau Kantonis yang memberi maksud keranggupan apabila dimakan.
Tentang Kami
Pengasas Bo-bo-cui
Di All Rise Foods Sdn Bhd, kami mencipta dan menamakan makanan ini sebagai "bo-bo-cui" sudah 30 tahun lebih.
Fokus Utama
Kami merupakan satu syarikat pengusaha yang hanya membuat bo-bo-cui sahaja untuk keseluruhan perniagaan kami.
Tidak mengandungi daging babi dan lemak babi
Kami mengendalikan setiap langkah pemprosesan pembuatan bo-bo-cui. Ini merangkumi lapisan isi yang disediakan dengan menggunakan resepi tersendiri kami.
Makanan dan Gabungan
Bo-bo-cui merupakan "topping" kepada banyak jenis makanan popular. Tips 3-saat: apabila dihidangkan dengan sup panas (sama ada sup mee atau stimbot), rendam di dalam sup selama 3 saat dan terus boleh menikmati keenakan bo-bo-cui ini!
Produk Kami
Klasik
Pada mulanya, makanan ini hanya diedarkan kepada penjaja dan penjual makanan sahaja. Makanan ini pada asalnya dijual dalam kepingan yang besar dan perlu dipotong kemudian digoreng semula, atau dipanaskan semula dengan menggunakan ketuhar apabila dihidangkan.
- Saiz (biasa) : 600 - 900 cm2 (atau 25 - 30 cm panjang tepi segi empat sama*)
- Saiz (besar) : > 900 cm2 (atau lebih 30 cm panjang tepi segi empat sama*)
- Weight : 100 g - 150 g
- Cara penyimpanan : ~ 6 hari (suhu bilik) Cara penyimpanan : 2 - 3 minggu (disejuk)
Cara penyimpanan : 2 - 3 bulan (disejuk beku)
* : Setiap kepingan akan sedikit berbeza daripada ukuran sebenar kerana dihasilkan secara tradisional.
Pembungkusan untuk Perniagaan: 1010
Resepi yang sama dengan rasa Klasik tetapi dipotong dan dibungkus dalam pek bungkusan, pembungkusan 1010 ini lebih padat dan memudahkan penghantaran logistik. Ia juga kurang rapuh berbanding dengan Klasik kerana ia mengandungi lebih banyak kelembapan. Penambahbaikan ini dapat mengurangkan produk daripada hancur semasa penghantaran. Namum begitu, disebabkan kelembapan juga produk ini disyorkan untuk disimpan dalam peti sejuk atau peti sejuk beku.
- Kandungan : 60 keping setiap pak (80 cm2 - 100 cm2 setiap kepingan*)
- Berat minimum : 750 g
- Penyimpanan : 1 - 2 minggu (disejuk) Penyimpanan : 2 - 3 bulan (disejuk beku)
* : Setiap kepingan akan sedikit berbeza daripada ukuran sebenar kerana dihasilkan secara tradisional.
Snacks
Makanan ringan kami dalam pembungkusan tertutup amatlah sesuai sebagai cenderahati dan juga untuk dinikmati sendiri, tiada lagi masalah untuk memasak atau menggoreng!
Perhatian: makan sebaik sahaja dibuka
- Berat bersih : 120 g
- Penyimpanan : 6 bulan
Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan? Hubungilah kami sekarang!
15, Jalan Manggis,
Taman Kampar Jaya,
31900 Kampar,
Perak.